Monday, September 23, 2013

MIB adat perkahwinan puak melayu dusun

so I thought i want to share about my research here regarding marriage according local's race(Puak Melayu Dusun) which is myself. yeap, i am a Dusun. but not sang jati :P
so here is my is my research regarding the post title and just as for a future reference.

ADAT PERKAHWINAN PUAK MELAYU DUSUN.

PENGERTIAN ADAT ISTIADAT

Adat adalah amalan yang bermula daripada kelakuan biasa yang dirasakan sesuai, mudah dan menyenangkan lalu menjadi perbuatan yang digemari. Kegemaran tersebut dilakukan berulang-ulang dan akhirnya diterima sebagai amalan yang menjadi indentiti sesuatu golongan, kumpulan, puak dan bangsa. Sebagai identiti maka akhirnya dijadikan pula adat oleh puak dan bangsa berkenaan. Manusia suka kepada keindahan dan keunikan. Kesukaan kepada kedua-dua hal tersebut selanjutnya mendorong mereka terus mengindahkan adat yang mereka miliki dan seterusnya berusaha menjadikannya ternampak lebih unik. Ini termasuklah untuk melangkapinya dengan material budaya yang dipilih khas yang kemudian disebut sebagai Alat-Alat Perhiasan. Keindahan peralatan ditambah dengan susunan acara menjadikan adat itu nampak halus, indah serta kemas sehingga disebut majlis dan istiadat. Jadi Adat Istiadat bererti Perlaksanaan sesuatu keraian yang indah, elok lengkap dan sempurna, menjadi kemegahan dan senang mata memandang. Adat-adat yang diamalkan atau dilangsungkan di perkahwinan di Negara Brunei Darussalam itu berbeza mengikut keluarga atau ‘pengangun’ masing-masing. Ia juga berbeza mengikut daerah atau puak tempat perkahwinan itu dilangsungkan.

Adapun, adat-adat yang biasa (lazimnya) diamalkan oleh kebanyakan melayu Brunei adalah:
1. Berjarum-jarum (Merisik)
2. Bertunang
3. Pembuka Mulut
4. Adat Berian
5. Mas Kahwin
6. Adat Penyerahan Wali
7. Akad Nikah
8. Adat Berbedak
9. Adat Berinai (berpacar)
10. Adat Mandi Langir
11. Adat Menunu Benang 7 Warna
12. Adat Bejarah (berziarah/bersalam)
13. Adat Pusing Naga (Bagi Lelaki)
14. Istiadat Bersanding
15. Adat Basuh Kaki (Puak Tutong)
16. Adat Bersuap-suapan
17. Malam Ambil-ambilan
18. Adat Mulih 3 atau 7 hari

 Adat Sang Jati Dusun juga mempunyai adat tersendiri dalam adat perkahwinan mereka. Sebelum berkahwin, pihak perempuan akan meminta pihak lelaki untuk datang. Ini sama seperti adat Melayu Brunei yang dipanggil sebagai 'adat merisik' . Apabila pihak lelaki datang, pihak perempuan meminta pihak lelaki seekor kerbau atau duit $500. Misalnya, ibu bakal pengantin perempuan meminta sepasang pakaian. Apabila perkara ini sudah selesai, barulah acara persandingan. Semasa persandingan, tiga das tembakan dilepaskan dengan memakai 'senapang patah'. Sebelum perkahwinan dulu, bakal pengantin perempuan disuruh untuk memasak penyaram untuk menandakan samaada bakal pengantin itu pandai atau tidak. Jika penyaram itu lembik, bakal pengantin perempuan dikatakan 'tidak dara', namun jika sebaliknya, dipanggil 'dara sejati'.

Makanan yang dijadikan satu kemestian dalam adat sang jati Dusun adalah kuih 'Penyaram'. Kuih ini mesti ada dalam majlis perkahwinan. Manakala pakaian bagi puak Sang Jati Dusun dalam adat perkahwinan mereka bagi lelaki memakai baju berwarna hitam dan perempuan memakai baju hitam dihiasi dengan kain selendang.

Pantang larang
-Bakal pengantin tidak boleh keluar dari rumah 3 hari sebelum perkahwinan dan selepas persandingan . Ini kerana kepercayaan mereka adalah untuk mengelak daripada gangguan halus.
-Bakal ibu yang mengandung dilarang untuk membuat kerja yang boleh memberi kesan buruk pada anak . Begitu juga bakal ayah dilarang untuk melilit tuala di badan atau di leher kerana, bagi mereka, itu akan mengakibatkan anak di dalam perut terlelet tali pusat.

Sumber-sumber maklumat:
http://www.youtube.com/watch?v=UQuSQZtDQJM
http://bruneistars.com/bruneikahwin/2013/05/06/kenali-adat-adat-kahwin-melayu-brunei-kitani/
http://www.unissa.edu.bn/documents/11097/0/ADAT_ISTIADAT_MIB_PG_DR_HIDOP.pdf
http://nurul1404.blogspot.com/2011/06/adat-sang-jati-dusun.html

No comments:

Post a Comment